Alhamdulillah! Terima kasih Saudara/Saudari kerana sama-sama menjayakan Sumbangan Wakaf untuk Projek Pembangunan Pusat Tahfiz Uwais Al-Qorny.
Moga dengan berkat sumbangan & usaha saudara/saudari berkongsikan maklumat ini dapatlah pembinaan Pusat Tahfiz Uwais Al-Qorni ini dibina. Agar lebih ramai anak-anak kita dididik menjadi pemuda-pemudi yang soleh seperti Uwais Al-Qorny yang disebut dalam hadis berikut:
يَأْتِى عَلَيْكُمْ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ مَعَ أَمْدَادِ أَهْلِ الْيَمَنِ مِنْ مُرَادٍ ثُمَّ مِنْ قَرَنٍ كَانَ بِهِ بَرَصٌ فَبَرَأَ مِنْهُ إِلاَّ مَوْضِعَ دِرْهَمٍ لَهُ وَالِدَةٌ هُوَ بِهَا بَرٌّ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لأَبَرَّهُ فَإِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ يَسْتَغْفِرَ لَكَ فَافْعَلْ
Maksudnya: “Nanti akan datang kepada kamu seseorang bernama Uwais bin ‘Amir bersama serombongan pasukan dari Yaman. Dia berasal dari Murad, dari Qaran. Dia menghidap penyakit kulit, kemudian dia sembuh daripadanya kecuali sebesar satu dirham. Dia memiliki seorang ibu dan sangat berbakti kepadanya. Sekiranya dia bersumpah kepada Allah, maka akan diperkenankan yang dia pinta. Jika kamu mampu agar dia memohon pada Allah keampunan bagimu, maka lakukanlah.”
Riwayat Muslim (2542)
Tuan/Puan boleh melakukan sumbangan wakaf dengan Pakej Sumbangan dibawah atau boleh sahaja membuat sumbangan secara manual kepada akaun Pusat Tahfiz Uwais Al-Qorni.
Nama Akaun: Pusat Tahfiz Uwais Al-Qorni
No.Akaun : 5630 6416 1790 (Maybank)
Rujukan: Uwais Al-Qorni