Akaun tahfizuwaisalqorny.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.



Ini merupakan tanah seluas 5 ekar yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah untuk tujuan pembinaan Pusat Tahfiz Uwais Al Qorny.

Alhamdulillah tanah yang dahulunya hanyalah sebuah hutan rimba, kini sedang dalam proses membersih tapak namun ia dilakukan secara berperingkat kerana kosnya yang tinggi.

Justeru, sumbangan wakaf tuan puan amat diperlukan agar proses pembinaan dapat berjalan dengan lebih lancar.


LATAR BELAKANG PUSAT TAHFIZ UWAIS AL-QORNY

Pusat Tahfiz Uwais Al Qorny adalah pusat pengajian al-Quran yang baru saja mulakan pembinaannya pada tahun 2021. Ia terletak di No. Lot 11378 Bukit Harimau Menangis, Mukim Kuala Nerus 21060 Kuala Terengganu, Terengganu.


Tahfiz ini diasaskan oleh Tuan Haji Mohd Shahril bin Mohd Alim dengan misi:

✔ Melahirkan generasi bersahsiah tinggi

✔ Mentarbiah pelajar dan mengajar tentang agama yang syumul

✔ Melahirkan insan yang memberi manfaat kepada generasi akan datang


Pengajian yang diberikan akan menggunakan silibus dari pejabat agama Islam Terengganu di mana fokus kami terbahagi kepada dua:

1. Kanak-kanak/remaja (pengajian al-Quran dan asas agama)

2. Dewasa (Kelas Al-Wahyu Furqan setiap hujung minggu)


USAHA BERSAMA AMAT DIPERLUKAN

Kos pembangunan sebuah pusat tahfiz bukanlah sesuatu yang mampu ustaz selesaikan sendirian.

Justeru, Ustaz mohon jasa baik tuan puan untuk bantu pembangunan pusat tahfiz ini dari segi wang ringgit.


PECAHAN DANA PERUNTUKAN

Anggaran peruntukan dana bagi membangunkan Pusat Tahfiz Uwais Al Qorny adalah:

⏩ RM1 Juta: Pengurusan wakaf tapak bangunan sekolah

⏩ RM500,000: Asrama pelajar


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu.”

(Hadis Riwayat Muslim No: 1793)

Rebutlah kesempatan ini dan bantulah Ustaz agar sinar agama dan al-Quran dapat disemai dalam jiwa masyarakat sekeliling.


MACAM MANA NAK BANTU

Tuan puan boleh pilih Pakej Wakaf yang disediakan mengikut kemampuan masing-masing.

ATAU

Sumbangan wakaf seikhlas hati secara manual/bank transfer/CDM di akaun berikut:

Nama Bank: MAYBANK

Nama Akaun: Pusat Tahfiz Uwais Al Qorny

No. Akaun: 5630 6416 1790

(Sila letakkan reference “WAKAF22” untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan)